Bukan sekali, malah lebih 3 kali penduduk di beberapa kampung di Rantau Panjang dilanda banjir dalam tempoh setahun.<br /><br />Mangsa menyifatkan banjir pada tahun ini luar biasa dan lebih besar kerana Projek Pembinaan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok, PLSB yang masih dalam pembinaan.<br /><br />Banjir yang bertakung, selain tiada saliran untuk menyalirkan keluar menyebabkan mangsa banjir terpaksa tinggal lebih lama di pusat pemindahan sementara (PPS).